Kilang lakukan pencemaran diarah henti operasi
MUHAMMAD ARIF ISMAIL
KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) tidak lagi mengeluarkan kompaun terhadap kilang dan ladang penternakan yang didapati bersalah melakukan pencemaran udara dan sungai.
Menterinya, Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya premis berkenaan akan diarahkan menghentikan operasinya serta merta bagi tempoh tertentu.
"Kita sedang meneliti kompaun dalam RM2,000 yang dikenakan sekarang seolah-olah terlalu rendah dan kita juga sedang menyemak akta-akta yang ada untuk dipertingkatkan lagi hukuman.
"Dalam tempoh yang ada ini kita kuatkuasakan apa yang boleh kit a buat antaranya seperti gantung operasi kilang dalam tempoh tertentu, ini merupakan amaran kita terhadap pengusaha kilang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program penyampaian sumbangan khas Covid-19 kepada PIBG dan Kelab Guru Sekolah dalam Parlimen Kubang Kerian di sini semalam.
Comments
Post a Comment