Posts

Showing posts from August, 2020

Penyatuan politik Melayu perkasa agenda rakyat

MUHAMMAD ARIF ISMAIL KOTA BHARU: Penyertaan Bersatu bersama PAS dan Umno dalam Muafakat Nasional merupakan satu lagi berita gembira kepada rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Dato 'Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.   Menurut beliau, penyatuan politik Melayu di bawah satu wadah Muafakat Nasional sangat penting bagi memperkasakan lagi agenda pembangunan dan masa depan negara lebih terjamin.   "Saya mengalu-alukan penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional, saya pikir ini berita gembira bagi rakyat kerana penyatuan ini sangat penting untuk agenda pembangunan negara.   "Sehubungan dengan itu, kita akan melihat dalam masa terdekat ini untuk merangka strategi bersama termasuk pilihan Pilihan Negeri (PRN) untuk Sabah," katanya kompilasi di sini semalam.   Ditanya masa depan depan gabungan yang disertai oleh PAS, dia berkata, ia memerlukan untuk mengetahui sifat persahabatan itu diuruskan dalam kalangan parti kompenan.

Kilang lakukan pencemaran diarah henti operasi

  MUHAMMAD ARIF ISMAIL KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) tidak lagi mengeluarkan kompaun terhadap kilang dan ladang penternakan yang didapati bersalah melakukan pencemaran udara dan sungai.   Menterinya, Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya premis berkenaan akan diarahkan menghentikan operasinya serta merta bagi tempoh tertentu.   "Kita sedang meneliti kompaun dalam RM2,000 yang dikenakan sekarang seolah-olah terlalu rendah dan kita juga sedang menyemak akta-akta yang ada untuk dipertingkatkan lagi hukuman.   "Dalam tempoh yang ada ini kita kuatkuasakan apa yang boleh kit a buat antaranya seperti gantung operasi kilang dalam tempoh tertentu, ini merupakan amaran kita terhadap pengusaha kilang," katanya.   Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program penyampaian sumbangan khas Covid-19 kepada PIBG dan Kelab Guru Sekolah dalam Parlimen Kubang Kerian di sini semalam.