Posts

Showing posts from June, 2020

Silap mata PH antara 107 hingga 129

  PERINTAH Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini. Ia seumpama mengundurkan semula 1 Syawal ke belakang. Berbondong-bondong anak perantau memenuhi jalan raya. Selepas 18 hari Aidilfitri berlalu, hari ini baru mereka boleh balik kampung. Dendang perantau nyanyian P Ramlee tidak kedengaran lagi. Tiada lagi sedu dan sedih seperti lazimnya berlaku. Pertama kali anak muda menyambut Aidilfitri di kota. Jarang berlaku sebelum ini. Teringat ayah bonda di kampung. Bendang, bukit luas terbentang bermain di mata. Akhir akhir Ramadan segenap jalan penuh sesak. Namun angkara coronavirus kelaziman itu terhalang. Sejak 18 Mac sehingga 9 Jun mereka diikat dengan PKP. Covid-19 bukan calang-calang penyakit. Sehingga hari ini 118 jadi mangsa di negara kita. Sejarah yang tidak berlaku sejak merdeka. Ada perantau dari Johor Bahru bertolak ke Kota Bharu jam 12 malam tadi. Jam 9 pagi tadi dia melewati sempadan Pasir Puteh dari Jertih. Normal baru timbul suasana jadi terbal...

PN tebus semula maruah orang Melayu

Image

Oghe Kito

Image